Friday 29 June 2012

7 Lafas Niat Menjadi Anda Insan Yang Luar biasa & Istimewa

1.
Aku berjanji pada hari ini akan menjadi hamba Allah yang taat - Aku dengar dan aku patuh.
2.
Pada hari ini aku hapuskan segala kemarahan yang ada melainkan marahku apabila Allah marah terhadap perbuatan mungkar.
3.
Pada hari ini aku akan menghapuskan kebimbangan dan kerisauan ku kerana semuanya Allah telah Qada dan Qadarkan semuanya adalah baik untukku.
4.
Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur pada Allah dan berterima kasih pada manusia kerana Allah akan tambahkan nikmat atasku.
5.
Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa kerana dengan mengingati Allah hati ku menjadi tenang dan tentram.
6.
Pada hari ini aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana Allah hati ku menjadi tenang dan tenteram.
7.
Pada hari ini aku akan lakukan kebaikan dan menyayangi pada semua orang di sekelilingku.

Thursday 21 June 2012

20 Rahsia Naluri Wanita

Untuk lelaki dah berkahwin, tengah Couple dan Tunang...ini sedikit motivasi untuk anda. Jagalah pasangan anda sebaik-baik yang mungkin. Menjaga hubungan adalah lebih susah utk mewujudkan sesuatu hubungan. So jangan sia-siakan nya...

1) Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2) Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas anda menyakiti hatinya lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda nmenegur dengan ucapan maaf.

3) Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4) Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5) Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

6) Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang cubalah tegur dia perlahan-lahan.

7) Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

8) Sekuntuk senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

9) Jika anda menyukai seorang wanita cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

10) Jika sesorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

11) jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri...

12) Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri disebelah buah hatinya. Kemudian barulah dirinya sendiri.

13) Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya.

14) Satu ucapan "Hi" sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

15) Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

16) Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

17) Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya. (hadiah atau pun sekadar cebisan kertas ucapan). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

19) Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

20) Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanya perasaan dicintai dan disayangi.

Kegagahan Bagi Seorang Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah :-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meinta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman, Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat" Surah Al-Ahzab : Ayat 71
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan baransiapa mentaati Allah dan Rasul_Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Wallahualam.

Wednesday 20 June 2012

Tinggalkan kenangan lama

Mungkin aku terpaksa singkirkan apa yang aku rasa
supaya aku tidak terus tinggal dalam kenangan
Supaya aku tidak payah melangkah dan terus melangkah
dalam hayalan...

Tuesday 19 June 2012

10 Sebab Mengapa Anda Tidak Perlu Minta Maaf...

Kalau kita berbuat salah sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu, tetapi ada juga di antara kita yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan anda yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat anda yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana anda yang memikul kesalahannya ataupun anda yang menyerah diri walaupun tahu yang anda tidak bersalah?



Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah punca dari anda adalah menjadi hak anda untuk tidak meminta maaf, Anda telah mengenalpasti 10 sebab mengapa anda tidak perlu meminta maaf.

1) Perasaan Anda

Apa yang anda rasa dan fikir sepenuhnya adalah hak anda. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang anda rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin anda sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Anda berhak mempertahankan pendapat anda kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahi menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu anda menghargai perasaanya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan anda. Selain dari diri anda sendiri.

2) Lebih Berkebolehan

Mungkin gaji anda lebih tinggi dari kekasih anda ataupun anda lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistemewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistemewaan anda, pedulikan sahaja. Anda seharusnya berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang anda miliki dan bersyukur dan kurniaan tersebut. Kalau ada yang pertikaikan kebolehan itu katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan anda yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan.

3) Masa Lalu

Jangan meminta maaf diatas keputusan yang pernah anda laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang anda lakukan bergantung pada situasi di saat itu.

4) Menjadi Perhatian

Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Anda jangan risau diri anda menjadi perhatian orang. Mungkin ini ada sebab-sebab tertentu mengapa anda yang menjadi perhatian orang. Anda tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kami yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka.

5) Memutuskan Cinta
Kalau anda rasa bukan berpunca dari sikap anda, anda berhak meminta putus. Untuk apa anda terus menyeksa diri untuk tersu bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan anda juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang anda ingini. Tetapi keadaan yang memaksa.

6) Berkata Jujur

Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri anda. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara anda dan si dia. Terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran anda ataupun tidak.

7) Berterus-terang

Kita mungkin boleh membohongi orang lain tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, anda sudah tertarik pada orang lain sedangkan anda baru sahaja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebab ialah mungkin anda tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang daripada anda terus menipu si dia dan diri anda sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa anda tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa.

8) Tidak Menepati Cita Rasa

 Dalam memilih pasangan untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang anda pilih langsung tidak menepati citarasa anda. 

9) Tidak Sama haluan

Anda mempunyai teman rapat ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu anda suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku anda harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Usah minta maaf walaupun adakalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat suatu hari nanti pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama  lain.

10) Meminta bantuan

kalau tidak tahu eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau anda memerlukan bantuan jangan segan-segan meminta pertolongan daripada irang yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah, Jika ada yang mempertawakan anda kerana perkara kecil pun anda tidak tahu. terus teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung.





Aku memang sayang dia lagi

Bila member tanya "ko sayang dia lagi?", bukan main lagi confiden penuh semangat beri jawapan "Sayang?? Dia?? ahish!! tiada maknanya aku sayang dia lagi - da dia buat gitu kat aku, nak sayang apanya? Ko percayalah, satu rasa apapun dah tiada kat dia!! Finally aku dah boleh move tanpa dia. Yeahh!!"

Tapi...

Bila malam sikit duduk seorang-sorang, mula la emo semacam. Sapa la aku nak tipu diri sendiri? Aku memang sayang dia lagi. Tapi masa aku rindu, aku xnak mengaku kt orang lain sebab aku xnak mengiakan perasaan dan benda yang dah tidak ada itu..Perit rasanya...huhuhu~


Bila bercerita hubungan terputus di pertengahan jalan

Janganlah cerita, hari ni boyfrend/girlfrend anda curang dibelakang anda, ataupun hari ini anda "clash" sebab orang ke-3..Dengan apa yang terjadi hari ini sepatutnya anda semua berterima kasih kepada mereka-mereka yang bertindak curang kepada diri anda hari ini...Atas alasan apa?? Sebab jika mereka beindak curang selepas anda berdua selamat d
iijabkabulkan. Ke semuanya sudah terlambat untuk kita ubah segala-galanya...

Luahan hati...

"I text you but U don't text back,
I feel Stupid..."

"Kadang-kadang sekuat mana kita berusaha untuk melupakan org itu
Namun kita akan mengingati setiap kata-kata dan perbuatan yang pernah dia lakukan dulu..."

Dialog hati yg menderita :-(

Awak : Hai awk..wt ape 2??
Saya  : Jgn lh text sy kalau awk x ada apa-apa kepentingan sebab nanti sy jd rindu pada awk...

Monday 18 June 2012

Rindu!!!

Selalu merindukan awk...

10 Perkara Yang Perlu Dielakkan Semasa Bercinta



Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang peraturan  mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah  hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan. Ketahui 10 perkara yang perlu dielakkan semasa bercinta:

1. Bercinta Kerana Simpati dan Kasihan.
Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri  menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya  tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.

2. Melirik Kepada Jejaka/Gadis Lain.
Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun  harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar  cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia  boleh membawa kepada kecurangan.

3. Pura-Pura Tertarik Pada Bicara Si Gadis.
Kamu tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si  dia berbicara tentang perkara yang tidak kamu suka. Jangan paksa  diri kamu untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu!


4. Tidak Ingin Kalahkan Si Dia.
Kamu sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya. Tak salah bersaing tetapi  mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.

5. Harus Sentiasa Bersama.
Ini tidak bererti teman-teman kamu harus disingkirkan semata-mata kamu sudah menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman kamu agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan?

6. Rapat Dengan Sahabat Karib Si Dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalu akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia.

7. Berpura-Pura Tidak Cemburu.
Kamu harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu.

8. Terlalu Menerima Sikap Si Dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, kamu menerima segala keburukannya walaupun hati kamu sakit. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya.

9. Memaafkan Sikapnya yang Keterlaluan.
Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak kamu sukai. Tak salah kalau kamu menegur perbuatanya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.

10. Biarkan Si Dia Membayar.
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu!

Sumber http://www.zuarxpdc.com/2010/08/10-perkara-yang-perlu-dielakkan-semasa.html#ixzz1yCmT7eEc

Tak Ada Apa2???

Kita Selalu Kata, "Tade Apa2"...tetapi dalam hati kita, hanya Allah yang tahu keperitan yang kita rasa...
Ada perkara kita tak dapat nak ceritakan pada ORG LAIN, dan hanya pada Allah kita boleh luahkan



Wednesday 13 June 2012

Kehilangan


Kadangkala aku rasa ingin luahkan segalanya,
Rahsia yang tersimpan di dada sekian lama,
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu,
Daku malu tapi mahu kehilanganmu...

Ucapkanlah cinta,
Ucapkanlah ku saja yang kau perlu setiap waktu,
Sepanjang hayatmu,
Ucapkan kau rindu,
Daku yang kau mahu,
Yang kau cari telah kau temui,
Ku tidak tertahan lagi untuk ku mengaku cintamu,
Dan kadangkala kita hanya sedar keindahanya,
Apabila ia sudah tiada di depa mata,
Tidak rela ku lepaskan satu-satunya insan,
Yang berikan ku segala makna kehidupan.

Andai daku kau terima lebih dari kawan biasa,
Daku kan setia tak ku benarkan kau berairmata,
Andai kau terima cintaku,
Daku kan belaikan tanganmu,
Di Penghujung waktu kau dan aku di dunia...

Monday 11 June 2012

Ketentuan Takdir


Teruskan Berjalan.. Walau apa yang datang menyinggah..
Semua itu sudah jadi ketentuan takdir.
 Dan apa yang kita usahakan hari ini,
 sebagai syarat..
 sebagai ibadat..
untuk kita bawa bekalan ke akhirat nanti..

Sunday 10 June 2012

Perlukan masa untuk hilangkan nama awak dari hati ini...


‎:: DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK ::

Bismillahirrohmannirrohim...

Ya Allah..Ya Tuhanku..
Jika pendampingku tlah Engkau lahirkan
Gerakan hatinya tuk menujuku ,
Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Redha-Mu..
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu..
Dan Engkau jua yg kuasa membolak-balikkannya..

Ya Rabb,
Bila dia jauh,dekatkanlah..
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap & mendamba
sebuah keinginan menuju redha-Mu..

Ya Allah...Yang Maha Pecinta
Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
Tabahkan hatinya..
Teguhkan imannya..
Tegarkan penantiannya..

Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dgn Kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu, Limpahkan kelapangan dikalbunya
dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian..

Ya Rabb,
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
Mekarkan cintaku bersama cintanya..
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

Rabb....
Ku yakin bila saatnya sudah
menghampiri,
Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH..
kirimkan dia yang dapat membawa kebaikan,
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
Agar kami sama2 berjamaah tuk tetap Menuju-Mu..
Bimbinglah hati kami, Kuatkan hati kami..
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..
Aamiin ya Rabb...

( Untuk sahabat yang sedang menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yang TERBAIK dalam Pandangan & Pilihan-
Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Amin )

Thursday 7 June 2012

Doa Untuk Sahabat - evran

Ya Allah...
Panjangkanlah umur sahabat ku...
Kurniakanlah kesihatana yang baik padanya...
Terangi hatinya dengan Nur pancaran Iman...
Tetapkanlah hatinya...perluaskanlah rezekinya...
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan...
Jauhkanlah hatinya kepada kejahatan...
Tunaikanlah hajatnya...Baik hajat dalam Agama, dunia dan akhirat...
Ya Muhaimin..
Jika Dia jatuh hati...
Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang...
Yang hatinya tertaut pada Mu..
Agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta Nafsu...
Jagalah hatinya...Agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada Mu...
Jika dia rindu...
Rindukanlah dia pada seseorang...
yang merindui Syahid di jalan Mu...

Ya Allah...
Jangan biarkan sahabatku tertatih,
Dan terjatuh dalam perjalanan...
menyeru manusia ke jalan Mu..
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku...
Janganlah aku melampaui batas..
sehingga melupakam daku pada cinta hakiki...
Rindu abadi dan kasih sejati...
hanya untuk Mu..

Ya Allah...
Kurniakanlah sahabatku..
kesenangan..ketenangan..kecemerlangan...
dan hidayah dari Mu...
dalam menempuh cabaran...
serta liku-liku hidup...
Di dunia dan di Akhiran Kelak...
Insyaallah...

Amin Ya Rabbal Alamin...

Wednesday 6 June 2012

BERHENTI MENCINTAI HATI...

HARUS BERHENTI MENCINTAI SESORANG,
BUKAN KERANA ORANG ITU BERHENTI MENCINTAI HATI...
TETAPI HATI MENYEDARI BAHAWA...
ORANG ITU AKAN LEBIH BAHAGIA...APABILA KITA MELEPASKANNYA...

MUNGKIN INI LAH SAATNYA KITA KENA BERKORBAN YANG KITA
BENAR2 SAYANG DAN CINTAI DIA...



Tuesday 5 June 2012

Ego setinggi Gunung Kinabalu

Maafkan aku kalo aku terpaksa meletakkan ego ku lebih tinggi dari gunung kinabalu 1 ari nanti untuk tidak menghubungi mu, kerana aku tidak ingin awak akan terus membenci ku...n x nk 1 ari nanti awk akan terus mendesak aku untuk melupakan mu...

Maafkan aku...Aku sllu ingat pada awak...Aku sllu miss awk taw...Aku sllu ingat awk..entah la..smpai bila aku boleh tunaikan permintaan awk untuk melupakan awk...maafkan aku ekk...


Ayat yg selalu diucapkan wanita ...

1. X pelah ~ Berhati2 lh anda kalo mendengar ayat ni...try tengok reaksi wajahnya cm mana...tersenyum ke..tengah muncung ke...?? kalo tersenyum memang btol2 xpelah...(lega) tp kalo sedikit muncung- MUNGKIN ad yg xkena. Mungkin ad sstu bnda yg xkena dan dia merasa geram dan terpaksa mengalah utk mengelakkan pertengkaran. So, apa yg ad bole buat cuba ambil hati ny..pasti senyuman akan terpampang pada wajah yg sebelumnya suram itu...:-D

2. "oh xde apa2 lh" ~ pktaan ne teruk sekali. sllu ny bila wanit menggunakan ayat ne , ia "ada udang di sebalik mee..." so berjaga2 lh..Xde apa2 bermaksud ad something la 2...mungkin c dia tengah marah (senyap2) atau anda terkata sstu yg membuatkn hati ny terasa...wanita mls nk explain pjg2. sebab takut jd pertengkaran pula. Tp apa yg perlu lelaki tahu sekiranya terdengar ungkapan itu ialah- lalukan perkara2 utk menambat hatinya dgn kadar segera.

Monday 4 June 2012

Andai...

Andai masa boleh di undurkan semula...
Aku lebih rela untuk tidak mengenali mu...

Andai masa boleh di undurkan semula...
Aku tidak akan memilih untuk menyakitkan perasaan org lain...

Andai masa boleh di undurkan semula...
Aku tidak akan membenarkan siapa2 untuk mencuri hati ku...

Andai masa boleh di undurkan semula...
Aku tidak akan mencipta apa2 kenangan yg akan membuatkan aku terus mengingati mu...

Andai masa boleh di undurkan semula...
Aku tidak akan benarkan hati ini tersasul menyatakan, aku sayang pada mu...
Aku juga tidak akan benarkan hati ini jatuh hati padamu...

Sebab...
Sekarang aku sedar...semua ini sungguh menyakitkan...
Tp. aku sllu mendoakan...yg awk akan terus bahagia...

-luahan lubuk hati-



Titik perkenalan kita...;-D 

* Awk ; "Awak jgn marah ekk..sy lukis x cantik..."
* Awk ; "Awak jgn marah ekk...sy xpandai melukis..."
* sy     ; "X pe lukis je" [ati happy]...;-D

evran I miss You...



KADANG2 SEKERAS MANAPUN KITA BERUSAHA UNTUK MELUPAKAN SESEORANG, NAMUN KITA AKAN TETAP MENGINGATI SETIAP KATA2 YANG PERNAH DIA UCAPKAN.

Kerana aQ masih Menyayangi mu...

Kadang2 kita cemburu melihat orang yg kita sayang dekat dengan orang lain,
Sedangkan kita bukan sape2 bagi si dia :')

Sunday 3 June 2012

Pesan Pada hati

Jangan Terlalu Menyayangi...
Kerana bimbang hati akan lebih disakiti...

Pesan pada hati...
Jangan terlalu membandingi...
Terimalah dia seikhlas hati...
Kerana dia punya cara tersendiri...

Pesan pada hati...
Kalau rindu jangan ditangisi...
Kerana hadirnya dia untuk mengisi kekosongan hati...

Pesan pada hati...
Jangan mengharap apda yang tidak pasti...
Kerana kelak kau akan tercari-cari...

Pesan juga pada hati ...
Andai kelak bukan dia di sisi...
Ikhlaskan hati untuk biarkan dia pergi...

Kerana Jodohmu telah tersurat pasti...


Kenapa saya takut kehilangan awak, sedangkan awak bukan milik saya :-(