Tuesday 19 June 2012

10 Sebab Mengapa Anda Tidak Perlu Minta Maaf...

Kalau kita berbuat salah sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu, tetapi ada juga di antara kita yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan anda yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat anda yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana anda yang memikul kesalahannya ataupun anda yang menyerah diri walaupun tahu yang anda tidak bersalah?



Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah punca dari anda adalah menjadi hak anda untuk tidak meminta maaf, Anda telah mengenalpasti 10 sebab mengapa anda tidak perlu meminta maaf.

1) Perasaan Anda

Apa yang anda rasa dan fikir sepenuhnya adalah hak anda. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang anda rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin anda sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Anda berhak mempertahankan pendapat anda kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahi menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu anda menghargai perasaanya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan anda. Selain dari diri anda sendiri.

2) Lebih Berkebolehan

Mungkin gaji anda lebih tinggi dari kekasih anda ataupun anda lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistemewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistemewaan anda, pedulikan sahaja. Anda seharusnya berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang anda miliki dan bersyukur dan kurniaan tersebut. Kalau ada yang pertikaikan kebolehan itu katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan anda yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan.

3) Masa Lalu

Jangan meminta maaf diatas keputusan yang pernah anda laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang anda lakukan bergantung pada situasi di saat itu.

4) Menjadi Perhatian

Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Anda jangan risau diri anda menjadi perhatian orang. Mungkin ini ada sebab-sebab tertentu mengapa anda yang menjadi perhatian orang. Anda tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kami yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka.

5) Memutuskan Cinta
Kalau anda rasa bukan berpunca dari sikap anda, anda berhak meminta putus. Untuk apa anda terus menyeksa diri untuk tersu bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan anda juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang anda ingini. Tetapi keadaan yang memaksa.

6) Berkata Jujur

Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri anda. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara anda dan si dia. Terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran anda ataupun tidak.

7) Berterus-terang

Kita mungkin boleh membohongi orang lain tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, anda sudah tertarik pada orang lain sedangkan anda baru sahaja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebab ialah mungkin anda tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang daripada anda terus menipu si dia dan diri anda sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa anda tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa.

8) Tidak Menepati Cita Rasa

 Dalam memilih pasangan untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang anda pilih langsung tidak menepati citarasa anda. 

9) Tidak Sama haluan

Anda mempunyai teman rapat ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukan bersamanya iaitu anda suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku anda harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Usah minta maaf walaupun adakalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat suatu hari nanti pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama  lain.

10) Meminta bantuan

kalau tidak tahu eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau anda memerlukan bantuan jangan segan-segan meminta pertolongan daripada irang yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah, Jika ada yang mempertawakan anda kerana perkara kecil pun anda tidak tahu. terus teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung.





No comments:

Post a Comment