Thursday 21 June 2012

20 Rahsia Naluri Wanita

Untuk lelaki dah berkahwin, tengah Couple dan Tunang...ini sedikit motivasi untuk anda. Jagalah pasangan anda sebaik-baik yang mungkin. Menjaga hubungan adalah lebih susah utk mewujudkan sesuatu hubungan. So jangan sia-siakan nya...

1) Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan airmata itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2) Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas anda menyakiti hatinya lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda nmenegur dengan ucapan maaf.

3) Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4) Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5) Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

6) Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia seorang cubalah tegur dia perlahan-lahan.

7) Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

8) Sekuntuk senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

9) Jika anda menyukai seorang wanita cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

10) Jika sesorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

11) jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri...

12) Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri disebelah buah hatinya. Kemudian barulah dirinya sendiri.

13) Bekas teman lelaki akan sentiasa ada difikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya.

14) Satu ucapan "Hi" sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

15) Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

16) Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

17) Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan suprise buatnya. (hadiah atau pun sekadar cebisan kertas ucapan). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

19) Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

20) Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanya perasaan dicintai dan disayangi.

No comments:

Post a Comment